Tuesday, February 21, 2012

~KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH~


Aku ibaratkan hati manusia, seperti sebuah peti yang memiliki laci-laci kecil...
Setiap rekod individu yang hadir di dalam hidup kita, disimpan dalam laci-laci ini...

Jika sudah berkenalan dengan sejuta orang, maka ada sejutalah laci di dalam hati kita...
Dalam laci setiap individu, mempunyai fail-fail kenangan peristiwa kita bersama mereka...
Apabila kenangan yang berlaku adalah memeritkan, maka laci-laci ini akan berubah warna menjadi warna hitam... 
Lebih banyak manusia yang menyakitkan hati kita, lebih banyaklah laci hitam di dalam hati kita...
Selagi laci hitam tidak dibersihkan, selagi itu fail kenangan pahit yang tebal wujud di dalamnya...

Selagi itu hati kita penuh dendam dan kebencian. Selagi itu jugalah kita tidak akan tenteram, kerana kerap memikirkan tentang mereka yang menyakiti kita...
Lagi kerap kita memikirkan mereka, lagi tebal fail kenangan itu tersimpan dalam laci yang hitam...
Mungkin kebahagiaan sukar diperolehi kerana hati kita yang hitam...
Mungkin rezeki tidak muncul kerana hati kita yang tidak bersih...
Mungkin jodoh terhalang kerana hati kita yang tidak memaafkan...

Maafkan sahaja mereka, insyaAllah hati kita akan lebih tenang...dan laci hitam akan terhapus dari peti hati kita...LIHUBBULLAH...

Saturday, February 11, 2012

:: k@u k@w@n yg mnyen@ngk@n? ::

 

kau kawan yang menyenangkan?
hanya dengan bicara manis dan tutur kata yang terindah
namun betulkah hati mu kawan turut mengiyakan
atau sekadar dusta semata
lupakah kau kawan?
lidah memamg suka berdusta
jika tidak masa akan di akhirat nanti
lidah tidak akan bisa menjadi saksi perbuatan manusia..
kawan jika dulu kau berjanji setia bersama selamanya
namun janji itu kau mungkiri
namun percaya lah aku tidak pernah menyesali mengenali mu kawan
walaupun ku tahu ia sudah berakhir
dan lupakah kau kawan?
hidup dunia ini memang tiada yang berkekalan
setiap pertemuan pasti ada perpisahan...