Tuesday, June 11, 2013

TANGISAN SEMALAM

Tangisan semalam takkan menyebabkan kita rebah untuk hari ini
Tangisan semalam takkan mematahkan semangat ini
Tangisan semalam bukan berakhirnya sebuah harapan 
Tapi... 
Tangisan semalam adalah semangat!
Tangisan semalam adalah kekuatan!
Tangisan semalam adalah kebangkitan!

Monday, June 10, 2013

SENYUM SAHAJA ^_^

Senyum sahaja
Bila lihat pasangan-pasangan yang baru berkahwin
Senyum sahaja
Bila lihat cahaya bahagia yang jelas terpancar dari wajah mereka
Senyum sahaja
Bila memikirkan Allah pasti meredhai perjalanan hidup mereka
kerana ikatan sah yang mereka miliki
Senyum sahaja
Bila lihat anak-anak perempuan kecil yang menjadi gadis bunga
berlari-lari anak melemparkan bunga-bunga cinta

Senyum sahaja
Bila melihat tangisan bahagia yang mengalir perlahan ke pipi psangan itu termasuklah tetamu yang hadir memeriahkan majlis

Senyum sahaja
Bila memikirkan , insyaAllah satu hari nanti mungkin diri ini akan jadi seperti pasangan yang bahagia itu
InsyaAllah, suatu hari nanti