Tuesday, February 21, 2012

~KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH~


Aku ibaratkan hati manusia, seperti sebuah peti yang memiliki laci-laci kecil...
Setiap rekod individu yang hadir di dalam hidup kita, disimpan dalam laci-laci ini...

Jika sudah berkenalan dengan sejuta orang, maka ada sejutalah laci di dalam hati kita...
Dalam laci setiap individu, mempunyai fail-fail kenangan peristiwa kita bersama mereka...
Apabila kenangan yang berlaku adalah memeritkan, maka laci-laci ini akan berubah warna menjadi warna hitam... 
Lebih banyak manusia yang menyakitkan hati kita, lebih banyaklah laci hitam di dalam hati kita...
Selagi laci hitam tidak dibersihkan, selagi itu fail kenangan pahit yang tebal wujud di dalamnya...

Selagi itu hati kita penuh dendam dan kebencian. Selagi itu jugalah kita tidak akan tenteram, kerana kerap memikirkan tentang mereka yang menyakiti kita...
Lagi kerap kita memikirkan mereka, lagi tebal fail kenangan itu tersimpan dalam laci yang hitam...
Mungkin kebahagiaan sukar diperolehi kerana hati kita yang hitam...
Mungkin rezeki tidak muncul kerana hati kita yang tidak bersih...
Mungkin jodoh terhalang kerana hati kita yang tidak memaafkan...

Maafkan sahaja mereka, insyaAllah hati kita akan lebih tenang...dan laci hitam akan terhapus dari peti hati kita...LIHUBBULLAH...

No comments:

Post a Comment