Friday, June 24, 2011

LiLy BeRcErIt@...kiblat kita (KAABAH)~~

KIBLAT KITA 
 
A. MENGENAI KAABAH..
 
1. Ukuran persegi Kaabah adalah 146 kaki 4 inci
2. Hajratul Aswad terletak di penjuru 4' 10" dari lantainya
3. Multazam terletak antara Hajratul Aswad dengan pintu Kaabah
4. Hijir Ismail batu tembok melengkung terletak di sepenuh kawasan dari Penjuru Iraqi hingga
Penjuru Syami
5. Pancur Emas terletak di tepi Kaabah sebelah atas berbetulan Hijir Ismail
6. Makam Ibrahim terletak 30 kaki dari kaki Kaabah berbetulan Pintu Kaabah
7. Tinggi Kaabah sekarang ini ialah 36 kaki

B. BAGAIMANA KAABAH DIBERSIHKAN?

-Pintunya akan dibuka menggunakan tangga khas, bahagian dalamnya akan dicuci oleh Khadimul Harmain atau wakilnya dan orang-orang kenamaan menggunakan air zam-zam.
- Dindingnya akan dibasuh menggunakan penyapu khas yang dibuat dari daun tamar, kemudian akan direnjiskan dengan wangi-wangian. Ia juga dibuk jika ada tetamu pembesar Negara Islam lain yang ingin memasuki Kaabah.
- Cucian ini dilakukan setahun sekali pada 9 Zulhijjah dan pada masa itu juga ditukar dengan Kiswah ( kelambu) yang baru. 

C. TIANG KAABAH..
 - Sewaktu Quraish membina Kaabah, mereka telah menutupnya dengan atap, disokong dengan 6 batang tiang dalam 2 baris, setiap baris ada 3 batang tiang.
- Selepas itu ketika pembinaan, Ibnu Zubir telah menjadikan 3 batang tiang dari kayu untuk menongkat atapnya, jarak antara satu tiang dengan lainnya ialah 2.35 meter, di sebelah kanan pintunya pula disediakan tangga untuk naik ke sutuh (atap).

D. PINTU KAABAH (AL BAB)..
- Di zaman Nabi Ibrahim a.s terdapat 2 pintu, pintunya menyentuh lantai, pintu timur untuk masuk dan pintu barat untuk keluar, ia terletak di atas lantai, dua pintu ini berupa lubang masuk tanpa daun pintu.
- Di zaman Raja 'As'ad Tubba 3 salah seorang Raja Yamen telah membuat daun pintu yang boleh buka dan tutup. Setelah Quraisy membina Kaabah mereka telah mengangkatnya dari aras tanah dan menutup pintu dari arah barat.
-Pintu Kaabah hari ini, terletak 2 meter dari aras tanah, disaluti emas dan perak. Dibuat pada tahun 1399H, Emas 280 kg, Berharga SR13,420,000.00.

E. SENIBINANYA BAGAIMANA?

-Bangunan ini dinamakan Kaabah adalah kerana bersegi empat. Dalam bahasa Arab tiap-tiap bangunan yang bersegi empat dinamakan Kaabah mengikut catatan sejarah bahawa Kaabah telah dibina beberapa kali seperti berikut:
PERTAMA:
-menurut pendapat masyhur Kaabah telah dibina oleh para malaikat kira-kira 2000 tahun sebelum terciptanya nabi Adam a.s.
KEDUA:
-menurut pendapat ahli-ahli hadis dan sejarah bahawa nabi Adam a.s telah membinanya sekali lagi semasa hayatnya.
KETIGA:
-diriwayatkan juga nabi Seith a.s, anak nabi Adam juga membina Kaabah.
KEEMPAT:
-kemudian Kaabah ini kekal sampai zaman nabi Nuh a.s sehinggalah apabila banjir besar melanda dunia maka Allah SWT telah mengangkat Kaabah ini ke langit ke tujuh di 'Arash, dan sehingga kini ia menjadi tempat tawaf para malaikat, setiap malaikat hanya dibenarkan bertawaf hanya sekali sahaja sehingga hari kiamat.

 

No comments:

Post a Comment